Friday, 11 September 2015

Jenis-Jenis Emas

Secara umum nya emas ada beberapa kategori atau tahap ketulenannya iaitu 24k, 22k, 18k, 14k dan 10k.


Emas 24K : Ini adalah emas yang paling tulen dengan ketulenan 999.9%. Warnanya kuning terang, sangat lembut dan yang paling mahal harganya. Ia tidak megandungi campuran logam lain. Oleh kerana ia adalah logam yang sangat lembut, jadi agak jarang sekali emas 24K ini digunakan untuk membuatbarang kemas. Kalau nak beli biasanya org akan beli dalam bentuk bar atau jongkong seperti gamba di atas.


Emas 22K : Emas ni adalah emas 24K yang telah dicampurkan dengan 8.4% logam lain seperti aloi, perak atau tembaga. Inilah yang menjadikannya Emas 9.16 (22K). Emas ini biasanya digunakan untuk membuat barang kemas perhiasan di Malaysia. Angka 22 tu bermaksud 22 bahagian emas di tambah 2 bahagian logam lain ( menjadikannya 24 bahagian).


Emas 18K : Bermaksud daripada 24 bahagian, 18 bahagian adalah emas dan 6 bahagian adalah logam lain menjadikannya ketulenannya 75%. Emas ini lebih keras tapi lebih senang dibentuk dan Warnanya masih lagi kekuningan. Masyarkat Eropah lebih menyukai emas ini kerana ia kelihatan lebih mewah dan kukuh apabila digabungkan dengan batu permata atau berlian.


Emas 14K : Emas ini mengandungi 58% ketulenan sahaja ( 14 bahagian emas + 10 bahagian logam lain). Ia tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Sama juga seperti emas 18K, ia kelihatan lebih cantik apabila digabung dgn batu permata. Emas ini disukai oleh orang Amerika.


Emas 10K : Ini adalah emas yang paling rendah ketulenannya kerana hanya mengandungi 10 bahagian emas daripada 24. Tetapi ia masih lagi boleh dipanggil emas. Amerika telah meletakkan yang emas 10K ini adalah emas yang paling rendah campuran emasnya yang masih boleh dipanggil emas. Maknanya, kalau emas tu ada 9 bahagian emas saja daripada 24 bahagian , ia dah tak boleh dipanggil emas.

BAGAIMANA SAYA UNTUNG BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?

Soalan dan Jawapan
===================
BAGAIMANA SAYA UNTUNG BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?

🌷Jawapan :
Beli dan simpan pun sudah untung,kalau hendak lebih keuntungan boleh lah sambil menyimpan meniaga emas.

🌷 Meniaga emas bukan macam meniaga barang lain, ianya amat istimewa dan mempunyai perkaitan dengan rahsia wang kertas,ini yang perlu anda pelajari.

🌷Hanya orang yang sabar yang akan melepasi tahap ini.

🌻 Soalan dan jawapan?
==================
BERAPA SAYA BOLEH DAPAT DUIT BULAN- BULAN JIKA BERSAMA SYARIKAT POWERGOLD.BIZ?

🌷Jawapan :
Kami tidak menjanjikan kepada anda duit bulan- bulan,pulangan,dividen dan sebagainya. Konsepnya sama macam kedai emas,beli emas dapat emas,dan simpanlah emas tersebut.

🌷Bezanya dengan modal yang rendah anda sudah layak menjadi dealer.
Inginkan duit lebih,ada caranya,anda usaha, anda dapat.

🌻BILA MASA TERBAIK MEMBELI EMAS?

🌷Ramai di antara pembeli emas dan pelabur emas yang baru tertanya-tanya bilakah masa terbaik untuk membeli emas.

🌷Pelbagai versi yang didengari berkaitan masa terbaik membeli emas ini. Sebagai dealer saya cuma memberi galakan dan panduan kepada anda bila masa terbaik membeli emas.

🌷Jawapannya mudah saja belilah ketika ADA DUIT DI TANGAN ANDA.

Mengapa?

🌷Kita tidak akan bertemu dengan ‘perfect wave’ bila mula-mula melabur emas. Adakalanya bila harga emas rendah, kita kekurangan wang dan apabila kita mempunyai wang yang banyak harga emas pula mencacak naik.

🌷Tiada siapa boleh mengetahui dengan tepat kenaikan dan penurunan harga emas walaupun menggunakan perisian yang canggih. Oleh itu ia digelar ramalan atau “prediction”.

🌷Jangan kecewa, ingatlah pelaburan emas ialah pelaburan jangka sederhana dan panjang. POWERGOLD cuba mendidik kesedaran utk menyimpan emas kepada semua.

🌷Cuma diingatkan pulangan yang lumayan mungkin memberikan anda risiko yang amat tinggi. Jangan sudah terkena baru anda menyesal kerana pengalaman itu amat menyakitkan.

🌷Untuk merasai pengalaman pelaburan emas, belilah emas pertama anda walaupun sekeping dinar. Perhatikan pegerakan harga emas bagi tempoh setahun, tambahkan ilmu emas anda dan buatlah keputusan anda

1gram 1bulan 1keluarga

Nak beli emas?

sy menjual emas tulin 99.9 dari powergold!
mari kita megumpul emas 1 bulan 1 gram.
SMS atau Whatsapp saya di 01122255227untuk sebarang pertanyaan.


-Hafiz


Gold bar 1 gram terlalu kecil?

Ada orang pegang goldbar 1 gram kemarin. Dia ckp camni je 1 gram? Nipis gilaa. Tak berbaloi lah beli. Tak puas la. Tak best la.

Kebetulan mmg ada bawak 10 gram. So tayang p la dekat dia. Dia pgg kelebet semua, dia kata mcm ni baru syok sikit. Bila pegang tu ada rasa. 1 gram tak rasa apa. Cewahh.

Part dia tanya rega yg plg tak sabaq skali. Bila tunjuk rega ja, punya panjang 'oooooohhhhhh' dia. Hambik hang.

10 gram rm1700. Mai la sambaq. Baru syok. Anda syok, saya pun syok. Last2 tak beli pun. Hahaha. Saya tak kisah. Mmg tak paksa beli pun. Yg penting sy dah ada. Kihkihkih. 😁

P/s: Jangan belagak dgn 1 gram emas. Rm174 pun org dok kata mahai ok.

ram 1Bulan 1Keluarga!



Nak beli emas?

sy menjual emas tulin 99.9 dari powergold!
mari kita megumpul emas 1 bulan 1 gram.
SMS atau Whatsapp saya di 01122255227untuk sebarang pertanyaan.


-Hafiz


Emas Dan Inflasi

Malam semalam harga emas naik RM2/gram. Pagi ni check matawang makin menurun. Kalau terus menurun kadar inflasi akan meningkat.

Inflasi tu apa?
Dalam bahasa yg mudah Kenaikan harga barang. Kuasa membeli makin lemah.

Apa relevannya inflasi dgn simpanan emas?
Emas ni kalis inflasi. Harga emas sentiasa naik mengikut zaman. Mmg pernah turun, tak logik pulak tak turun. Tapi lepas tu melambung balik naik sama level dgn kos sara hidup pd zaman tu.

Kenapa saya ajak simpan emas dgn saya?
Sayanglah klu kita simpan semua harta kita dalam bentuk duit. Lagi 5 tahun ntah2 kuasa membeli nilai yg sama hari ni dah jadi separuh. Tak sayang ke? Penat kumpul harta.

Pada yg mampu, beli la hartanah. Yg tak mampu nak ada aset besor2 mcm hartanah, beli la emas. Baru RM174 per gram. Nilai RM174 tu klu tukar pd emas hari ni, agak2 lagi 5 tahun jadi berapa?

ram 1Bulan 1Keluarga!



Nak beli emas?

sy menjual emas tulin 99.9 dari powergold!

mari kita megumpul emas 1 bulan 1 gram.
SMS atau Whatsapp saya di 01122255227untuk sebarang pertanyaan.


-Hafiz


Emas dan Emosi

Simpan emas mempunyai kesan emosi suka kumpul harta

Bukan Semua Duit Perlu Beli Emas

Simpan duit kertas, kesan psikologinya berbeza. Seronoknya duit kertas bukan pada menyimpan, tapi pada membelanjakannya.

Sebab tu bila orang mati, jarang sekali kita dengar mereka ada simpanan tunai yang banyak. Yang ada cuma harta-harta fizikal macam rumah, tanah dan emas. Duit tak boleh bertahan lama sebab secara psikologinya, kita ‘kalah’ dengan duit.

Jadi itulah bezanya simpan emas dengan duit kertas. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, tapi akhir sekali yang akan ‘menang’ ialah emas! Walaupun begitu, bukan bermaksud kesemua duit dan kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.

Duit yang nak digunakan, lebih baik disimpan dalam bentuk tunai di bank (termasuk Tabung Haji). Duit simpanan jangka panjang, lebih baik ditukarkan kepada aset-aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Aset-aset begitu terbukti membuatkan kita jadi lebih kaya dalam jangka panjang, insyaAllah.


1Gram 1Bulan 1Keluarga!



Nak beli emas?

sy menjual emas tulin 99.9 dari powergold!
mari kita megumpul emas 1 bulan 1 gram.
SMS atau Whatsapp saya di 01122255227untuk sebarang pertanyaan.


-Hafiz


Wednesday, 2 September 2015

Kenapa Perlu Simpan Emas Sekecil 1 GRAM?



# Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya.


# Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa. Kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.


# Kekadang mungkin kita akan menghadapi krisis kewangan dan betul-betul memerlukan wang, jadi terpaksalah kita menjual emas-emas simpanan kita itu. Cuba anda fikir, sekiranya kita hanya memerlukan wang dalam hanya RM500 takkan kita nak jual emas yang beratnya 100gram? Pastinya anda rugi. Daripada jual yang berat dan besar tu baik jual yang kecil-kecil dan itulah masanya yang sesuai memanfaatkannya maka selamatlah dari mengorbankan emas kita yang berat-berat


# Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga. jadi mulakan hari ini dan jadikan sebagai simpanan bulanan.


1Gram 1Bulan 1Keluarga!



Nak beli emas?

sy menjual emas tulin 99.9 dari powergold!
mari kita megumpul emas 1 bulan 1 gram.
SMS atau Whatsapp saya di 01122255227 untuk sebarang pertanyaan.


-Hafiz




Sunday, 30 August 2015

KELEBIHAN EMAS part1

KELEBIHAN EMAS Emas ni senang kita nak bawak lari.... contoh 250g goldbar... kita masuk dalam poket je.. cute je goldbar tu.Nilai 250g goldbar dlm 37k sekarang. Cuba imagine, boleh ke masuk poket kalau duit kertas 37k? Siapakah guru kita kalau nak belajar emas ni?



Jawapan: Pengalaman. Tidak guna teori kalau tidak praktis. Jadi, buatlah. Silap takpe. Yg penting pengalaman mendewasakan. Eceh. Emas ni lambang kekayaan dan kuasa. Dari zaman dulu dulu lagi org dah tau nilai emas ni. 
Tahukah anda di Capetown... siapa paling banyak emas.. dia boleh jadi raja? Ramai org kulit quputeh di sana. Simpan emas bagus utk elakkan kebocoran wang...bagi sesiapa yg boros. 

Amalkan...dapat gaji...beli emas dulu. Pastu baru beli perbelanjaan lain. Simpan emas ni sebenarnya mcm simpan duit je. Selamatkanlah duit kita dari kebocoran; opss terguna ke benda yg tiada nilai atau susut nilai.. Jika ada duit banyak selepuk. Jangan terus beli emas selepuk.. beli emas gram sikit sikit. Bila beli sikit²... senang kita nak jual sikit². Kalau beli banyak².. susah pulak nak cari pembeli nanti. Bisness emas ni bagus.. yg salah adalah program² yg menganiaya atau menipu orang... sebab tu ada org yg fobia bila kita sebut emas... sebab mungkin dia pernah kena tipu... Ada orang memang ada niat nak simpan emas.. tapi kadang kadang dia tak grab peluang yg ada tu di depan mata.. masih nak tunggu jugak...